aBout VʌɪtəMɪn

Download more awesome themes for your blogger platform #templatetrackers Follow us @ Google+ and get weekly updates of new templates we release regularly



CARA PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

PERHATIAN

===========

1. Jarakkan semua supplement selama 2 JAM dari KOPI/TEH dan UBATAN DOKTOR kerana menghalang penyerapan vitamin secara optimum dalam badan & boleh mengganggu fungsi ubatan.

 

2. Pastikan SUKAT AIR KOSONG yang diminum, minimum 2 LITER SEHARI atau mengikut berat badan anda.

1 liter air kosong untuk setiap 25kg berat badan.

Ini utk memastikan penyerapan terbaik nutrisi ke dalam badan.


===========


Ini hanya general guideline & dos biasa suplemen untuk maintain kesihatan. 

Boleh tukar jadual dan dose bergantung masalah pengguna. 



ALFALFA COMPLEX

10 biji sehari selepas makan. 

Contoh: 5 biji lepas breakfast, 5 biji lepas dinner.


Ibu Menyusu : Mulakan dengan 2-3 biji sehari untuk elakkan bengkak susu.

Jika susu masih kurang dan untuk boost susu, ambil 1-2 biji Alfafa setiap kali selepas pam (10 biji sehari). 


B-COMPLEX

1 biji sehari selepas breakfast.


Jika ada masalah Anemia (low Hb) atau dalam keadaan stress, boleh ambil 2 biji sehari (Pagi dan malam).

Note : B-Complex adalah vitamin larut air. Adalah normal air kencing berwarna kuning terang selepas ambil Bcomplex kerana kandungan Ribovlavin (B2) yang dikeluarkan melalui air kencing. Pastikan minum air yang cukup setiap hari. 


CAROTOMAX

1 biji sehari selepas makan.


CINCH SHAKE

Sebagai Meal Replacement. Bancuh 2 scoop dalam 1 cawan air kosong atau susu & shake (sesedap rasa) hingga sebati. 

Gunakan air sejuk atau suam saja. Jangan guna air panas kerana protein rosak dalam suhu tinggi.

Boleh juga dicampur ESP atau blend dengan buah-buahan & ais untuk dijadikan smoothies. 


CINCH TEA

1 sachet 1 kali sehari, bancuh dengan 1 cawan air panas atau sejuk. Boleh juga campur lemon atau susu segar. 

Sesuai diambil semasa minum pagi, minum petang, sebelum bersenam atau sebelum memandu jauh untuk kekal segar & cergas sepanjang hari. 


COLLAGEN POWDER

1 sachet sekali sehari. Boleh bancuh dengan apa-apa minuman seperti air kosong,  jus atau ESP. 


COQ-TROL

1 biji sehari selepas breakfast, kerana ia berfungsi membekalkan tenaga seharian


DTX COMPLEX

3 biji sehari selepas makan (contoh selepas breakfast)


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Ambil 3 sudu besar (28g), 1-2 kali sehari. Boleh dicampur dengan air kosong / susu / jus / atau blend dengan buah-buahan & ais untuk dijadikan smoothies. 


Gunakan air sejuk atau suam sahaja. Jangan guna air panas kerana protein rosak dalam suhu tinggi.


Boleh ambil ESP pada bila-bila masa seperti semasa breakfast, semasa minum pagi/petang, sebelum tidur malam.


Bagi ibu menyusu, ambil ESP setiap kali selepas pam untuk boost susu.


GARLIC COMPLEX

2 biji sehari selepas makan. 

Contoh : 1 biji lepas breakfast, 1 biji lepas dinner, atau 2 biji sekaligus. 


GLA COMPLEX

1 biji 2 kali sehari selepas makan. 

Contoh: 1 biji lepas breakfast dan 1 biji lepas dinner.


HERB-LAX

Untuk 12 tahun ke atas sahaja. 


4 biji sekali makan sebelum tidur malam. 

Ambil setiap malam untuk 3 malam pertama. 


Selepas tu selang sehari atau selang 2 hari. 


JANGAN amalkan setiap hari untuk jangka masa panjang sebab boleh menyebabkan usus malas berfungsi sendiri. 


Biasanya keesokkan pagi akan rasa kerap nak buang air besar, jadi elakkan ambil Herb-lax jika perlu travel jauh.


LECITHIN

2 biji 3 kali sehari sebelum makan. 

Contoh:  2 biji sebelum breakfast, lunch & dinner.


MEALSHAKES

Kanak-kanak 1-3 tahun : 1-3 sudu kecil sehari.

Kanak-kanak 3 tahun ke atas : 1-3 sudu besar sehari.

Dewasa 12 tahun ke atas : 3-6 sudu besar sehari.


Boleh ambil pada bila-bila masa seperti semasa breakfast, minum pagi/petang.

Boleh bancuh dengan air / susu / jus (kecuali kopi & teh), kemudian 'shake' untuk elakkan berketul. Boleh juga tambah buah dan kisar. Gunakan air sejuk atau suam saja, kerana protein rosak dalam suhu tinggi.


NUTRIFERON

1 sachet sekali sehari.

Boleh bancuh dengan air panas atau sejuk, atau terus tuang di mulut dan minum air. 


OMEGAGUARD

Kanak-kanak (2 tahun ke atas) : 1 biji sehari selepas makan.


Dewasa : 3 biji sehari.

Contoh : 3 biji lepas dinner, atau 1 biji setiap lepas breakfast, lunch, dinner.


Ibu Hamil : 1 biji sehari. Berhenti ambil Omegaguard semasa kandungan 9 bulan, dan sambung semula selepas luka bersalin sembuh. Ini kerana Omega mempunyai sedikit effect ‘mencairkan darah’ (kesan bergantung kepada individu).


OSTEMATRIX

4 biji sehari. Ambil sebelum tidur malam untuk kesan penyerapan terbaik. 


PAIN RELIEF CAPLET

1 biji 3 kali sehari selepas makan.


PEPPERMINT-GINGER PLUS

3 biji sekali sehari selepas makan. 


PERFORMANCE ORANGE DRINK

Bancuh 2-3 sudu besar dalam 1 cawan (250 ml) air sejuk.

Performance Drink boleh diambil pada bila-bila masa seperti sebelum dan semasa bersenam, semasa menjalankan aktiviti luar yang banyak berpeluh.

Ia berfungsi sebagai minuman isotonik seperti 100 Plus untuk mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan.

Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Simpan tin dalam peti sejuk selepas dibuka. 


PHYTOCOL-ST

2 biji 2 kali sehari sebelum makan. 


Contoh : 

2 biji sebelum breakfast, 

2 biji sebelum dinner


Kalau terlupa ambil sebelum meal, boleh saja ambil selepas meal. 


RESV

2 biji sehari selepas makan. Boleh diambil selepas breakfast, lunch atau sebelum tidur.  


VITAMIN C SUSTAINED RELEASED

1 biji sekali sehari selepas makan untuk maintain kesihatan. 


Untuk tingkatkan sistem imun / kecantikan kulit, ambil 1 biji, 3 kali sehari (1 biji lepas breakfast, lunch, dinner) 


Jika sedang demam/selsema/batuk, jangkitan, allergy, dan perokok, ambil 2 biji 3 kali sehari selepas makan. 


Ia mempunyai fungsi pelepasan berperingkat (sustained release), iaitu setiap tablet 500mg akan melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam, selama 5 jam.


VITAMIN E

1 biji sekali sehari selepas makan.

Digalakkan ambil selepas makan makanan berat kerana Vitamin E adalah vitamin larut lemak.


VITALEA IRON FORMULA

2 biji sehari selepas makan.

Contoh :

 1 biji selepas breakfast,

 1 biji selepas dinner, 

ATAU 

2 biji sekaligus selepas breakfast. 


Jika ada masalah Anemia (low Hb), ambil bersama VITAMIN C untuk penyerapan iron lebih baik.


JANGAN MAKAN VITALEA SEWAKTU PERUT KOSONG kerana kandungan iron boleh menyebabkan rasa loya dan muntah.


VITALEA FOR CHILDREN

2 biji sehari selepas makan. 

Contoh : 1 biji selepas breakfast, 1 biji selepas dinner, ATAU 2 biji sekaligus selepas breakfast. 

JANGAN MAKAN VITALEA SEWAKTU PERUT KOSONG kerana kandungan iron boleh menyebabkan rasa loya dan muntah.


VIVIX

Goncang sebelum guna.

Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.


Minum 1 sudu (5 ml) sekali sehari, secara terus, atau campurkan dengan minuman kegemaran. 

Boleh ambil selepas breakfast atau sebelum tidur malam. 


Bagi pesakit gastrik, digalakkan bancuh Vivix dengan air terlebih dulu untuk mengelakkan pedih perut.


ZINC PLUS

1 biji sehari SEBELUM MAKAN.

Kau GAGAL,
ALLAH hantar bantuan,
Kau luka, ALLAH sembuhkan,
Kau takut apa kalau
Kau ada Tuhan?
Berani menjadi aku
Actually ini buku.
Buku ni sangat best baca bila korang tengah down or stress. Penuh kata-kata yang buat kita berfikir semula dan bersyukur.
Alhamdulillah alla kulli haal.



Antaranya,
Saat kita punya 1000 hal yang mesti disyukuri, mengapa mesti memikirkan satu hal yang menyakitkan hati.
**betulkan, kita stress atas 1 atau 2 perkara or maybe more. Tapi kalau kita tengok hidup kita semula terlalu banyak yang perlu kita syukuri.
Kadang dalam melayankan rasa kecewa, kita LUPA... yang memegang hati tu bukan KITA.
** Ingat diri kita, tubuh kita, segalanya pada diri kita bukan milik kita. Berpautla pada Allah.
Berdepan dengan ujian, kita tidak diberi banyak pilihan. Akur dan bersyukur atau marah dan gelisah. Kita pilihan.
** pilihan pada diri kita bukan orang lain.
Kalau korang tengah buntu, bolehla cari buku ni. Buku ni tak berat.
Bagi orang yang tak baper rajin baca panjang-panjang dan tak ada banyak masa. Buku ni sesuai sangat untuk bagi semangat. Boleh baca dalam kereta, boleh pilih bahagian yang sesuai yang kita pilih nak baca. PILIHAN ditangan kita.
Ringkas dan mengena ke hati.
Very recommended.



VITAMIN C & BATU KARANG BUAH PINGGANG?

Saya selalu di tanya tentang benarkan vitamin C boleh menyebabkan masalah batu karang buah pinggang sebagaimana yang didakwa oleh ramai ahli perubatan.
Saya sebenarnya tidak percaya vitamin C menyebabkan masalah batu karang sebagaimana yang di dakwa kerana apa yang saya belajar dalam bidang Nutritional Medicine menunjukkannya ia bukanlah penyebab masalah batu karang buah pinggang.
Saya telah mengamalkan pengambilan vitamin C 2000mg setiap hari sejak lebih 10 tahun dan tidak menghadapi apa-apa masalah dan tiada batu karang terjadi kepada saya. Malahan saya merasakan diri saya lebih sihat dan bertenaga.

Sebenarnya subjek ini adalah kontroversi di peringkat dunia perubatan dan penyelidikan sejak berpuluh-puluh tahun lagi. Jika kita merujuk kepada pelbagai artikel, ada yang menyatakan vitamin C boleh menyebabkan masalah batu karang buah pinggang dan ada yang menyatakan sebaliknya.
Persoalannya yang mana satu kita perlu ikut?
Sebenarnya terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing dan kita tidak perlu berbalah tentang isu ini...jangan kita memaksa orang lain mengikut pendapat kita..
Tetapi bagi saya jika kita ingin memberikan pendapat..
maka sertakanlah bukti-bukti kajian saintifik dakwaan dan hujah kita dan bukannya meletakkan 'stetoskop di bahu' dan bercakap seperti 'mahaguru'...sedangkan ilmu di dada sangat terhad dan terlalu luaran pemahamannya....terutama bagi seseorang doktor yang tidak mendalami bidang Nutritional Medicine akan kelihatan sangat cetek ilmunya dan memalukan...terutama zaman di mana ilmu berada di hujung jari...
Kita boleh merujuk pelbagai jurnal yang ada dan kita boleh menilaikan sendiri samada dakwaan ini betul atau sekadar satu andaian sahaja. Kita boleh merujuk kepada satu kajian berkenaan topik ini dalam jurnal perubatan dan merujuk pendapat penyelidik yang membuat kajian tentang isu ini.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan “The Journal of the American Society of Nephrology” tahun 1999 oleh Dr Gary C. Curhan. Dalam kajian ini beliau mengkaji kesan jangkamasa pendek dos tinggi vitamin C dan kesan vitamin B6 dalam mengurangkan risiko penyakit batu karang di kalangan wanita.
Kesimpulan daripada kajian beliau menyokong hipotesis yang menyatakan bahawa vitamin B6 mengurangkan risiko penyakit batu karang dan data prospektif tidak menyokong bahawa risiko batu karang meningkat dengan peningkatan dos vitamin C.






VITAMIN B6 & OKSALAT
Tiada kajian RCT yang mengkaji secara khusus kesan suplemen vitamin B6 ke atas risiko penyakit batu karang buah pinggang. Kajian-kajian , yang ada menunjukkan pengambilan vitamin B6 (Pyridoxine) dalam dos diantara 10 ke 500mg sehari menurunkan paras oxalate dalam air kencing dan kajian-kajian , lain juga menunjukkan pengurangan insiden terjadi semula masalah batu karang kalsium oxalat.
Dalam kajian ini, peserta kajian di berikan suplemen B6 sebanyak 200mg sehari dan didapati tiada peningkatan insiden batu karang di kalangan peserta kajian wanita dan lelaki.
VITAMIN C & OKSALAT
Kajian-kajian jangkamasa pendek suplemen dos tinggi vitamin C ke atas kesannya kepada pengeluaran oxalat dalam air kencing mempunyai keputusan yang banyak perbezaan.
Dalam satu kajian ke atas 39 peserta sihat, berlaku peningkatan paras oxalat dalam 50% peserta kajian selepas mengambil 1000mg vitamin C, tetapi tiada peningkatan lebih tinggi di dapati walaupun dos yang diambil sehingga 9000mg sehari.
Dalam lagi satu kajian yang melibatkan 15 peserta yang telah melalui rawatan ‘extracorporeal lithotripsi’, menunjukkan berlaku peningkatan 39% oxalat dalam air kencing dengan pengambilan 1000mg vitamin C dan 100% peningkatan dengan pengambilan 2000 mg vitamin C.
Satu kajian telah membuat analisa semula kajian-kajian sebelumnya untuk memastikan samada keputusan kajian tersebut adalah kerana berlakunya kesalahan analitikal iaitu paras oxalat dalam air kencing di ukur dengan menggunakan kaedah ‘ion chromatography’ selepas pengambilan secara oral 1 gram sehingga 10 gram vitamin C oleh peserta dewasa yang sihat.
Vitamin C di tambah secara terus ke dalam air kencing dan analisa menunjukkan berlaku peningkatan paras oxalat yang secara statistiknya signifikan. Ini menunjukkan vitamin C telah bertukar kepada oxalat secara terus semasa proses kajian analitikal di makmal. Oleh kerana berlakunya peningkatan paras oxalat dalam air kencing adalah kerana vitamin C bertukar menjadi oxalat secara terus bukannya kerana vitamin C meningkatkan oxalat yang dihasilkan oleh tubuh seseorang. Oleh itu penyelidik kajian ini membuat kesimpulan bahawa tidak berlaku peningkatan paras oxalat akibat pengambilan vitamin C dos tinggi sebenarnya melainkan akibat adanya vitamin C didalam air kencing yang diuji. Kesimpulan daripada kajian ini yang mengkaji kaitan di antara pengambilan suplemen vitamin C dan peningkatan paras oxalat dalam air kencing telah menunjukkan tiada peningkatan risiko penyakit batu karang terjadi.
Kajian yang serupa mengkaji risiko penyakit batu karang dengan pengambilan suplemen vitamin C di kalangan orang lelaki juga menunjukkan tiada peningkatan risiko mendapat penyakit batu karang di kalangan orang lelaki yang mengambil vitamin C dengan dos tinggi lebih daripada 1500mg sehari.
Kajian menunjukkan pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman seperti rhubarb, bayam, cokelat, teh dan kopi juga menyebabkan penghasilan oksalat yang lebih tinggi dalam air kencing berbanding dengan vitamin C, tetapi tiada pula kita dengar ianya di kaitkan dengan masalah batu karang buah pinggang. Di sini seolah-oleh wujud prejudis terhadap vitamin C sedangkan faktanya tiada kajian khusus menunjukkan kaitan lansung di antara penyakit batu karang buah pinggang dengan pengambilan vitamin C sebenarnya.
Kesimpulan oleh kajian ini menunjukkan pengambilan vitamin B6 boleh membantu menurunkan paras oxalat dalam air kencing di kalangan wanita tetapi tidak di kalangan orang lelaki. Kajian ini juga TIDAK menyokong saranan untuk menghadkan pengambilan vitamin C untuk mencegah penyakit batu karang buah pinggang.
Kajian juga menunjukkan pengambilan magnesium akan membantu mengurangkan risiko batu karang. Punca utama berlaku masalah batu karang buah pinggang sebenarnya adalah berkaitan dengan dehidrasi (kekeringan) akibat kurang minum air dan juga masalah kalsifikasi (calcification) yang berpunca daripada paras kalsium yang tinggi akibat pengambilan suplemen kalsium.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE



Baru-baru ni ada terbaca makan vitamin C hilangkan sakit bahu.

Tak pernah terfikir pun, ingatkan vitamin C untuk immune sistem je, nak kulit berseri.
Terus tangkap Sustained Release Vita-C Plue tengok benefit makan vitamin C ni.
'To support healthy bones, teeth, and gums as well as general makeup of the body'



So terus la makan 2 biji. Sebabnya dah dekat 3 minggu kena sakit dada dan kemudiannya dia attack kat belakang kiri dada. Mula-mula rasa sakit dada biasa je, tahan je tak pergi klinik. Lepas tu slowly kebelakang pulak. Nak bangun tido, nak mengiring ke. Fuhh, bertabah jela. Bila sejenis yang tahan sakit dan tak kisah ni, masalah juga.
Minggu lepas tengah buat kerja kat pejabat. Tiba-tiba sakit dada belah kiri. Cuak akak. Berdebar takut la kena heart attack.
Keluar dari bilik, bagitau member depan.
Aku : Weh aku sakit dadala belah kiri, sakit sangat. Ko rasa aku kena pergi klinik ke tak?
Member : Ko sakit macam mana?
Aku : Aku dah lama rasa sakit ni, tapi biasala boleh tahan. Tak gi klinik. Tapi hari ni aku rasa sakit sangat.
Member : Aku rasa ko kena pergi.
Sepanjang kerja kat HCTM ni, boleh kira dengan jari baper kali je gi klinik warga ni. Kali ni tak mau risikokan diri. So ke klinik jugala.
Alhamdulillah, lepas check up semua. Buat ECG sekali tau. Heart ok, doktor pun tak pasti apa punca. Salah satu sebab katanya mungkin punca dari perut. Tapi akak tak de gastrik.
Lepas terbaca tentang vitamin c hilangkan sakit bahu. So malam tu cubala makan terus 2 biji, selalunya 1 biji je.
Alhamdulillah sekali lagi, esoknya memang kurang rasa sakit tu. Bila Bangun dari baring or mengiring pun dah ok. Sekarang ni dah tak ada rasa sakit.
Bagi yang pernah kena macam ni, tau kot macammana sakitnya tu. Sakit-sakit pun tetap pergi kerja, masak semua. Drive nak pusing stereng tu pun terasa ngilu.
Nasib baik kat rumah ni stok vitamin C memang tak pernah putus.
Cuma tak ingat nak ambil gambar result ECG tu. Bila dah sakit semua pun blur.


Walaupun dah lama makan supplement Shaklee ni. Tapi tak pernah nak ambil tahu sangatkan. Tahu makan je sebab produk dia memang terbaik. Selamat sebab dari bahan semulajadi, terbukti sebab banyak dah testimoni. Yang penting Halalan Toiyiban.

Join jadi member ni senang jer. RM35 dah dapat banyak benefit. Sekali seumur hidup.

1. Sebagai member dapat beli dengan Harga Ahli

Jimat 15%- 20%. Tambah bila ada promo. Penjimatan berganda ganda.

2.     Order online jer. https://www.shaklee.com.my/

Daftar secara online. Terus boleh beli harga ahli. Order hujung jari jer. Hantar terus ke rumah.

Kalau nak belikan untuk mak ayah, adik beradik pun boleh. Tukar je alamat delivery. Hai kalau ada kawan nak beli pun boleh tolong belikan.

Norma baru sekarang ni. Online jer

 


3.     2. Panduan dan bimbingan produk dari Nutritionist yang diiktiraf

Shaklee sendiri ada pakar nutrisi/dietician untuk kita rujuk. Mereka juga bagi talk secara maya dan banyak channel telegram info nutrisi Shaklee untuk kita cari. Buka website je pun macam-macam info kita dapat. Rajin tak rajin je la kan.

Tak percaya. Sila percaya klik sini https://www.shaklee.com.my/.

Kalau tak pasti, jangan malu bertanya. Nanti sesat jalan. 

Pm je jgn malu-malu atau klik http://www.wasap.my/+60192167588/Shaklee


4.      3. 3C – Cash, Car, Convention Trip

Shaklee ni satu cabang bisnes jugak. Nak mula dengan bisnes konventional perlu ada pengalaman, kena ada modal besar, kena ada kedai, kena ada berani dan tekad. Dengan Shaklee low risk bisnes ni, kita boleh mula dengan modal RM35 jadi ahli. Lepas tu boleh promote dekat kawan-kawan atau keluarga. Penjimatan 15%- 20%. Keuntungan kita 15%- 20%. Dalam perniagaan kita jual harga runcit, jangan la jual harga ahli. Kawan-kawan, sedara mara, keluarga pun. Support la bisnes kawan-kawan korang. Baru terbaik. Kalau mereka nak jimat, ajak jadi ahli. Dari jualan ni ada bonus untuk yang betul betul komited. Nak semua ni ada syaratnya. Nak tau camner, join member dulu.

 

  • Cash - Untung runcit dah dapat, ada lagi bonus sehingga 21% berdasarkan UV yang anda peroleh setiap bulan termasuk Bonus Tunai Kumpulan
  • Car – Bonus kereta ni Shaklee beri dalam bentuk duit. Pilih le nak kereta apa.
  • Convention Trip – Shaklee bagi percutian percuma. Boleh bawa satu family. Pakej umrah pun ada.





5.      4. Bisnes ni pulak boleh diwarisi

Paling terpikat sangat bila bisnes Shaklee kita ni boleh kita wariskan pada anak-anak. Bayangkan 10-20 tahun akan datang. Masa tu kita dah capai tahap Master Coordinator or yang paling tinggi sekali. Kita nak rehat, anak-anak boleh teruskan bisnes ni tanpa perlu nak upah lawyer nak tukar nama. Tak perlu anak nak bermula semula dari zero. Kalau umur kita tak panjang sekalipun, tetap perniagaan Shaklee ni boleh diturunkan kepada anak-anak. Ada ke bisnes lain macam ni. Mungkin ada kat luar sana. Saya pun tak pasti. Tapi yang ini memang dah proven berlaku macamni.

6.     5. Kelas Nutrisi Percuma

Nak join kena survey jugak susur galur mana tau. So saya dari susur galur Master Ainul dan Master athira. Boleh korang g spy FB dorang tu. Sempoi je dorang bagi kelas percuma. Kelas nutrisi, kelas bimbingan nak bermula, segala mak nenek info tak kedekut tau dorang nak share. Tapi hanya untuk member sahaja.

7.      6. Sistem Sokongan dari leader yang MANTAP

Team Master Ainur dari susur galur Jutawan, Team Master athirah bawah Master ainul. Setiap master ni ada Support Group semua ni kita boleh join. Wow tak. Korang akan impress betapa mereka sentiasa tekankan apa pun kita buat sentiasa jaga hubungan dengan Allah. Sangat positif dan aura mereka ni sangat best.

Banyak lagi yang best bila join Shaklee ni. Belum habes citer bab produk lagi.

RM35 je, tak nak bisnes tak apa. Boleh beli supplement untuk keluarga.

Nak tahu banyak klik je sini http://www.wasap.my/+60192167588/Shaklee

 

 

.




Shaklee ni dapat nama dari pengasas dia iaitu Dr. Forrest C. Shaklee’s. Seorang doktor yang komited membantu orang ramai mewujudkan budaya hidup secara sihat (healthy livestyle). Beliau adalah orang pertama yang mencipta multivitamin. Minat beliau  terhadap dunia kesihatan, Dr.Shaklee telah membangunkan teknik mengekstrak nutrient daripada makanan untuk dijadikan makanan tambahan. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah adalah asas untuk kesihatan keseluruhan & kesejahteraan.

Beliau percaya dengan berharmoni dengan alam akan mempercepatkan penyembuhan penyakit dan meningkatkan mutu kehidupan yang lebih sihat. Bukanla bermaksud dengan supplement boleh menyembuhkan penyakit, tetapi ia sebagai satu usaha kita ke arah hidup yang lebih berkualiti.

Rasanya semua pernah alami, bila tak sihat je. Kita rasa nak rehat dengan cukup kalau boleh nak berada dipersekitaran yang tenang dan makan makanan yang berkhasiat.

Teringat semasa camping dengan keluarga tempohari. Walaupun cuaca tak bagi kerjasama baik sangat. Hujan sepanjang malam. Tapi bila Nampak kehijauan dan sungai terus rasa eermmmm. Best sangat. Tidur beralaskan toto yang sejuk, bawah toto basah dah kena air.huhu. bila bangun subuh tu sejuk-sejuk dengar air sungai menderu. Wow nikmat mana yang nak ko dustakan. Lepak pulak buat air panas, minum pagi bertemankan alam, yang tak sihat terus rasa sihat. Dari takde mood terus ko bertukar menjadi gumbira.

Konsep ini juga yang diperkenalkan oleh Dr. Shaklee.

“ Follow the Laws of Nature and you will never go wrong. ”

Dr. Forrest C. Shaklee
Founder, Shaklee Corporation

Beliau menubuhkan syarikat Shaklee yang mesra alam dengan slogan Safe, Proven dan Efektif. Shaklee ni merupakan makanan tambahan dalam bentuk tablet. Ada juga yang dalam bentuk serbuk seperti ESP, CINCH Shake. Kenapa perlu kita makan supplement ni. Sebab kita sendiri tak mampu nak makan makanan yang sihat setiap hari untuk dapatkan semua vitamin bagi kecukupan nutrisi badan kita.

Dengan kesibukan bekerja tambahan dengan macam—macam musibah. Covid19 dan banjir, makanan tambahan adalah yang paling mudah untuk kita makan. Badan sihat, cukup nutrisi kita kuat. Kita jaga diri kita dan jaga ahli keluarga kita. #inisupplementbukanubat.

Nak tahu?

Vita-Lea iaitu salah satu produk Shaklee ni telah wujud sejak 100 tahun yang lalu dan dikenali sebagai ‘Vitalized Vitamin’ bermula tahun 1915.

Vita-Lea ni ada 28 vitamin yang diperlukan oleh badan kita termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.. Bayangkan kalau nak dapat 28 jenis vitamin berapa jenis makanan kita perlu ambil.

Ingredients

Amount Per Tablet

Vitamin A (as beta carotene)

1250 IU

Vitamin A (as Vitamin A acetate)

1250 IU

Vitamin C (as ascorbic acid)

60 mg

Vitamin D3 (as cholecalciferol)

200 IU

Vitamin E (as d-alpha tocopheryl acid succinate)

30 IU

Thiamin (as thiamin mononitrate)

0.75 mg

Riboflavin

0.85 mg

Niacin (as niacinamide)

10 mg

Vitamin B6 (as pyridoxine hydrochloride)

1 mg

Folate (as folic acid)

200 mcg

Vitamin B12 (as cyanocobalamin)

3 mcg

Biotin (as d-biotin)

150 mcg

Pantothenic Acid (as d-calcium pantothenate)

5 mg

Calcium (as dicalcium phosphate)

225 mg

Phosphorus (as dicalcium phosphate)

175 mg

Iodine (as potassium iodide and sea kelp)

75 mcg

Magnesium (as magnesium oxide)

100mg

Zinc (as zinc gluconate)

7.5 mg

Selenium (as trace mineral protein hydrolysate)

35 mcg

Copper (as copper gluconate)

1 mg

Manganese (as manganese gluconate)

1 mg

Chromium (as trace mineral protein hydrolysate)

60 mcg

Molybdenum (as trace mineral protein hydrolysate)

37.5 mcg

Nickel (as trace mineral protein hydrolysate)

7.5 mcg

Tin (as trace mineral protein hydrolysate)

5 mcg

Vanadium (as trace mineral protein hydrolysate)

10 mcg

Boron (as trace mineral protein hydrolysate)

0.5 mg

Iron (as ferrous fumarate)

9 mg

 

Vita-Lea Iron Formula juga ada elemen iron,mengandungi 200mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat. Sangat sesuai buat ibu hamil yang alami anemia dimana tablet multivitamin Vitalea paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan terbaik..

Khas untuk yang tengah diet tu, Vita-lea Shaklee juga ada pottasium. Kekurangan pottasium akan membuat kita sering rasa nak makan je (food craving). So ia sangat membantu orang-orang yang nak diet untuk elakkan food craving.

100 tahun yang lepas je dah wujud 1 jenis multivitamin hasil usaha Dr. Forrest C. Shaklee. Bayangkan kalau dulu tak wujud usaha macam ni. Bila sakit je kita cari ubat. Terpaksa 100% bergantung dengan ubat-ubatan untuk sihat.

Prevention is better than cure. Ubat penting atas nasihat doktor, supplement juga perlu.