1. Apakah kumpulan Omega untuk asid lemak?
la adalah gabungan rantaian asid lemak politak-tepu.
2. Apakah yang unik mengenai asid lemak?
Setiap asid lemak adalah diperbuat daripada rantaian molekul yang panjang. Separuh daripada rantaian ini yng terdiri daripada asid lemak menyukai air, manakala separuh lagi yang terdiri daripada gabungan karbon-hidrogen membenci air. Sel-sel kita yang mempunyai 2 personaliti berbeza berbeza inilah yang menghasilkan membrane fosfolipid yang akan menyimpan dan membuang air. Semua asid Iemak yang natural mempunyai bentuk cis-fat di mana ia membenarkan sel menyusun molekulnya untuk membengkok dan melentur sebebasnya agar dinding sel berfungsi dengan baik.
3. Apakah itu Omega-3?
Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah (cepat beku dalam laut dalam & sejuk tapi tak beku2 pon sebab ape? sb omega 3 tu membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.) Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.
4. Terdapatkah asid lemak Omega yang lain?
Ya - terdapat kumpulan asid lemak Omega-6 dan Omega-9. Minyak Omega-6 selalunya ditemui di dalam minyak sayuran seperti bunga matahari, kacang soya dan bunga saf. Minyak ini selalunya digunakan sebagai minyak masak. Sementara Omega-9 pula banyak didapati daripada buah zaitun, badam, avocado dan minyak kacang.
5. Adakah kita mengambil omega-3 yang cukup?
Kemungkinan tidak. Penemuan penting telah menunjukkan bahawa tubuh kita berfungsi dengan baik sekiranya diet yang diambil mempunyai nisbah asid lemak penting (EFA) yang seimbang. Walau bagaimanapun diet kita selalunya mempunyai lebihan asid lemak Omega-6 iaitu diantara 14-20 kali berbanding Omega-3.
Asid lemak Omega-3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kensing manis, asma, artiritis, lupus, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental) gila meroyan, penyakit Alzheimer dan pelakuan hiper aktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak.
6. Apakah lemak ikan?
Jangan risau dengan terma minyak ikan? Walaupun sesetengah jenis minyak ikan mengandungi 10 kali lebih lemak daripada ikan yang lain, minyak ikan ini sebenarnya masih kurang lemaknya jika dibandingkan dengan haiwan lain. Ikan yang mempunyai kandungan lemak paling tinggi pun sebenarnya mempunyai kandungan lemak yang sama dengan isi ikan yang dipotong nipis.
7. Apakah kesan daripada keluarga Omega?
Kita seharusnya meningkatkan kesihatan tubuh badan dengan pengambilan 'lemak yang baik' yang akan membantu menghasilkan eicosanoids yang baik. Lemak yang baik mempunyai 3 jenis: Omega-3, Omega-6 dan Omega-9. Omega-3 dan 6 mempunyai kepakaran untuk menghasilkan banyak eicosanoids. Manakala Omega-9 adalah lebihan lemak dan kadangkala dilabelkan sebagai kurang penting tetapi agak membantu.
8. Apakah kepentingan minyak ikan Omega?
Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.
9. Apakah kandungan minyak ikan Omega-3?
2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, la amat-amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran. stp 3 biji Omega guard shaklee mengandungi 1000mg minyak ikan, 540mg EPA dan 360mg DHA
10. Adakah ikan menghasilkan asid lemak Omega-3?
Tidak. Ikan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 dgn sendiri. Hanya mikro algae di dalam lautan yang boleh menghasilkan asid lemak ini. Ikan-ikan kecil yang memakan alge ini akan mengembangkan khasiatnya apabila dimakan oleh ikan-ikan yg lebih besar. Minyak yang berkhasiat ini akhirnya akan terkumpul di dalam ikan besar.
11. Adakah fungsi minyak ikan Omega-3 di dalam penjagaan kesihatan telah disahkan?
Kajian tentang fungsi dan kebaikan Omega-3 dan minyak ikan semakin pesat dijalankan semenjak semakin ramai yang sedar bahawa jumlah kematian masyarakat eskimo dan Jepun yg gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini adalah kerana minyak ikan mempunyai banyak khasiat. Lebih 10000 kajian saintifik telah diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Antarabangsa terkemuka seperti Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), Jurnal Perubatan British (BMJ), Lancet, Arkib Perubatan Dalaman, Kardiologi, Jurnal Perubatan New England dan Persatuan Jantung Amerika yang mendokumentasi khasiat-khasiat minyak ikan Omega-3.
13. Apakah yang membuatkan asid lemak Omega-3 begitu berharga?
Asid lemak Omega-3 mempunyai kanduangan kimia yg istimewa:
- ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu.
- asid lemak Omega-3 adalah sedikit beralkali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.
Ini adalah sebab-sebab utama mengapa kami mengesyorkan anda semua menggunakan asid lemak Omega-3, sekiranya kita mngambil asid lemak yang betul, membran badan akan menjadi lebih kuat dan fleksibel (senang dilentur) yang membantu memberikan kehidupan yang lebih ceria dan baik.
14. Mengapa perlu saya mengambil kapsul Omega-3 sebagai makanan tambahan?
Kajian terkini mencadangkan agar kita mengambil sejumlah MINIMUM 1500mg setiap hari. Dos ini adalah lebih kurang sama dengan jumlah 32 auns minyak ikan salmon. Walaupun anda jenis yang gemarkan ikan jumlah berkenaan adalah agak banyak untuk dimakan. Untuk memastikan badan anda menerima kebaikan asid lemak Omega-3 setiap hari, anda digalakkan mengambil 2-3 kapsul Omega Guard Shaklee

0 comments:
Post a Comment